Aktiviti EKSA

28 Sep 2024

Program Gotong Royong Perdana EKSA 2024 anjuran Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PKS

Program Gotong Royong Perdana EKSA 2024 anjuran Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PKS telah diadakan pada 28 September 2024. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah PKS iaitu Encik Samsudin bin Mohd. Saleh dengan melakukan gimik mengecat tiang susur berbumbung di foyer KAMSIS.
Aktiviti ini turut disertai oleh Ketua-ketua Zon yang lain seperti En. Aliff bin Ab Tahir, En. Ajmir bin Mohd Saill, En. Mohd Fauzi bin Hassan, En. Mohd Shamsul Bin Ismail, En. Mohamad Faizal bin Ahmat, dan Pn. Liu Tse Hui, serta tidak lupa juga pensyarah lain iaitu Pn. Kedung Fletcher dan En. Zaini bin Sulaiman.
Lebih daripada 100 orang pelajar KAMSIS PKS telah terlibat dalam menjayakan program ini. Zon Mulu, Tama Abu dan Murud telah menjadi fokus dalam program ini untuk tujuan mengindahkan lagi keadaan dinding, tiang dan pengadang besi yang telah uzur dan dilitupi oleh lumut.
Sumber: JK EKSA, PKS

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut