Aktiviti EKSA

24 Jul 2024

Lawatan penanda aras EKSA dari Kolej Matrikulasi Sarawak

24 JULAI 2024 | RABU

Selamat datang ke Politeknik Kuching Sarawak diucapkan kepada delegasi Kolej Matrikulasi Sarawak bersempena Lawatan penanda aras EKSA bertempat di Bilik Seminar UIDM, Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Delegasi Kolej Matrikulasi Sarawak yang diketuai oleh En. Mohd Khairul Afnan bin Mustapha, Penyelaras EKSA Kolej Matrikulasi Sarawak telah disambut oleh Pn Ts. Aidawati Binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik) dan En. Mohd Nezuan Bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).

Taklimat dan pengenalan EKSA PKS juga telah di bentangkan oleh En. Fadil bin Aziz, Fasilitator EKSA PKS dan rombongan juga di iringi untuk membuat lawatan ke beberapa lokasi bagi memberi perkongsian perlaksanan EKSA di Politeknik Kuching Sarawak.