28
Feb
2025
Program Pengiktirafan EKSA : Pertandingan Bilik Terbaik Sesi II 2024/2025
Majlis Penutupan Program Pengiktirafan EKSA: Pertandingan Bilik Terbaik telah berlangsung pada 28 Februari 2025 di Bilik Seminar UIDM, Politeknik Kuching Sarawak. Perasmian majlis disempurnakan oleh Encik Fadil bin Aziz, selaku Fasilitator EKSA PKS.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan kebersihan, kekemasan, keselamatan, persekitaran kondusif, dan elemen kreativiti. Diharapkan inisiatif ini terus memperkukuh amalan EKSA dalam kalangan warga politeknik.
Sumber: JK EKSA