12
Oct
2025
Program Gotong Royong Perdana EKSA 2025 anjuran Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PKS
Program Gotong Royong Perdana EKSA 2025 anjuran Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PKS telah diadakan pada 11 Oktober 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS iaitu Encik Mohd Nezuan Bin Othman dengan melakukan gimik mengecat tiang susur berbumbung di foyer Apad Runan.
Aktiviti ini turut disertai oleh semua Ketua-ketua Zon dan juga disertai lebih daripada 100 orang pelajar PKS telah terlibat dalam menjayakan program ini. Zon Apad Runan telah menjadi fokus dalam program ini untuk tujuan mengindahkan lagi keadaan dinding, tiang dan pengadang besi yang telah uzur dan dilitupi oleh lumut.
Sumber: JK EKSA, PKS
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut





